Leftenan Muda berbangsa Cina dianugerah beret hijau keramat GGK

  • 13 hari lalu
BULETIN TIKTOK 29 APRIL 2024

Leftenan Muda Chan Ming Youn daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) merupakan satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang lulus dan berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu dalam Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024.

Perkara tersebut dikongsikan di laman Facebook Berita Tentera Darat Malaysia yang memaparkan sembilan pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dianugerahkan beret hijau serta pisau komando dalam perbarisan tamat latihan di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661907/berita/semasa/leftenan-muda-berbangsa-cina-berjaya-tamat-kursus-asas-komando

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#SinarHarian #BuletinTikTok #Komando #LeftenanMuda #ChanMingYoun